Berita Harian | Utusan Malaysia | Harian Metro | Harakah | Bernama | MStar

PELIK TETAPI BENAR

BUAT RENUNGAN
WACANA MINDA – PELIK TETAPI BENAR

Alangkah Peliknya KITA

Peliknya,
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Peliknya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, tapi
Betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Peliknya,
Betapa lamanya satu jam di masjid, tapi
Betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Peliknya,
Tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi
Tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Peliknya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi membeli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelinya,
Pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,
Tapi masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelinya,
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatnya saat berdoa atau solat,
Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Peliknya,
Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita,
Tapi betapa bosannya bila iman solat Tarawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.

Peliknya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-quran walau satu halaman,
Tapi majallah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Peliknya,
Ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert,
Tapi berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.

Peliknya,
Susahnya orang mengajak menyebar dakwah,
Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.

Peliknya,
Kita begiyu percaya pada yang dikatakan di emel, di internet,
Tapai kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

Peliknya,
Kita boleh mengirimkan ribuan jenaka termasuk gambar-gambar lucah dan surat berantai dalam emel,
Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita.....?
Tepuk dada... tanyalah hati dan iman.

Wallahua’lam.

Ramadhan Al-Mubarak

AFAN-04

This is AFAN-04, the last and youngest of the AFAN'S. Satu-satunya yang masih ada di rumah bersama Papa dan Mama. Ahmad Farhan bin Ab Nasir. Masih sekolah tingkatan 3.


Semasa bayi





Left: Berusia 2 tahun
Right: Berusia 12 tahun

Tazkirah Jumaat - 3

UCAPKANLAH DENGAN TEPAT


7 – Ucapan “A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM”

Ertinya: “Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam (terkutuk)”

Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan, sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana.

Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.

Ucapan ini digelar sebagai “AT-TA’AWWUDZ”.


8 – Ucapan “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”

Ertiya: “Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan (yang sebenar/yang terutama) melainkan dengan izin (pertolongan) Allah”.

Diucapkan apabila melihatkan perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu.

Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita.

Ucapan ini dikenali sebagai “AL-HAUQOLAH”.


9 – Ucapan
“INSYA ALLAH”

Ertinya : “Jika diizinkan Allah”

Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajay seseorang. Ataupun apabila hati kita berat 70% untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “INSYA ALLAH”, tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70% untuk tidak memenuhinya, maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini. [Hasil temuramah di antara Al Marhum S.S Dato’ Ishak Baharom, Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia].

Ucapan ini dikenali sebagai “TAWAKKUL” (Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal)


10- Ucapan “BARAKKALLAHU FIK”

Ertinya : “Semoga Allah memberkati engkau”

Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya. Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin.

Ucapan ini dikenali sebagai “AT-TABARRUK”.

Lang Pomeng

Ini doktor peribadi papa. Nama dia Lan, orang gganu panggil dia Lang. Kerja dia pulihkan kenderaan kita, jadi lekatlah nama glamour dia "Lang Pomeng". Bila kenderaan kita buat hal, Lang lah jadi kesayangan.

Papa dah kenal lama Lang ni, sejak bujang hingga sekarang beranak 3. Kisah dia simple aje. Sekolah setakat darjah 6, pas tu terus kerja dibengkel kereta. Agak2 dah pandai terus buka bengkel sendiri depan rumah. Jadi Usahawan. Tak ada sijil langsung tapi kerana minat yang begitu mendalam, sekejap saja dah tersohol di Kuala Ibai. One man show, kereta tak pernah putus-putus. Kerja dia, hebat sekali amat teliti dan perfect. Nak buat apa, super charger, turbo, angkat, lowered, terbang semua boleh.

Ini bengkelnya, simple tapi tak pernah kosong. Kerja dia tak pernah habis, langsung tak pernah bercuti bertahun-tahun.

Gambar dibawah, rumah dan keretanya yang berkuasa twin turbo. Tanya dia, buat rumah dan beli kereta pinjam dimana? Jawab dia, sekolah darjah 6 jadi pomeng bank mane nok bagi? Jadi, faham-fahamlah. Kalu kita rajin, berminat dan ada kemahuan, rezeki tetap ada walaupun tak berpelajaran tinggi.





Pisang Ajaib

Cuba lihat gambar yang dipaparkan, ajaib kan? Semua orang kenal pokok pisang kan, tapi pisang apa ni? Masya Allah, kalau semua pisang begini, memang bahagia semua pak tani. Tapi kita semua tau, memang jarang sekali berbuah begini.

Foto diambil pada 20hb. Julai, 2009 di Padang Pak Amat, Pasir Putih Kelantan semasa melawat ibu saudara yang tinggal disana.

Koleksi Petua-Petua Tradisional-4

Dari meja Mama - Ubati Sakit Dada



Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.