Koleksi Petua-Petua Tradisional-4
Dari meja Mama - Ubati Sakit Dada
Dataran Shah Bandar
Penat bersiar-siar dan membeli-belah di bandar Kuala Terengganu? Singgah sebentar di Dataran Shah Bandar dan menikmati panorama yang indah di sekitarnya.

Terletak berdekatan Pejabat Pos Besar dan Pasar Kedai Payang, amat sesuai untuk beristirehat seisi keluarga. Boleh menikmati keindahan muara Sungai Terengganu dengan kesibukan bot-bot pelancong dan nelayan keluar masuk.

Segala kemudahan disediakan disini. Restoran Perahu, tandas eksklusif dan tandas biasa juga disediakan untuk kemudahan awam. Taman dengan pokok-pokok yang menghijau di susuli dengan deruan angin pantai sungguh menyamankan.

Semua ini percuma. Jom, cuti-cuti di Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air.
My Dearest Belovered Mother
This is my dear mother. Uzur dan tidak berupaya. Gambar-gambar di atas diambil semasa tinggal dengan kakak Wan Nasirah di Setapak, Kuala Lumpur selama lebih 3 tahun.
Gambar ini diambil pada 10hb. Julai, 2009. Sekarang ni tinggal bersama adik saya Fatimah Hanan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Syukur Alhamdullilah kerana Wan dapat penjagaan yang sempurna dari anak-anaknya. Kepada kakak saya Wan Nasirah dan adik saya Fatimah Hanan, sesungguhnya pengorbanan membela seorang ibu pastinya mendapat ganjaran pahala yang besar dunia dan akhirat dari ALLAH SWT. Insya Allah nanti akan tiba giliran anak-anak yang lain mengambil alih tugas tersebut.


Sempat juga berkunjung ke Georgetown, bawa adik yang tak pernah ke sana.
Adik kali pertama naik feri.
AFAN-03 Balik Kampus
Hari ini jam 9.00pg. 04hb. Julai, 2009 selepas 1 bulan 1/2 melepak di rumah, AFAN-03 dan geng berlepas dari lapangan terbang Ooooops silap! stesen bas MBKT balik ke Skudai Johor.Pesan Mama - belajar kuat-kuat, sembahyang jangan tinggal, kurangkan merayap, jangan lupa telan food suppliment, tidur biar betul time, bla, bla, bla......
Gambar - breakfast dulu bersama mama sebelum bertolak.
Gambar - Left to Right
Fadhil, Fuad & Amirul(Met)
Tazkirah Jumaat - 2
UCAPKANLAH DENGAN TEPAT
4 – Ucapan “LA ILAHA ILLALLAH”

Ertinya: “Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah”.
Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yangmenggerukan ataupun peristiwa yang mengerikan.
Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam. Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih (seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Iman an-Nawawi rh ataupun KALIMAUT TOIYIB oleh Al-Iman Ibnu Taimiyah r.h.) untuk mengetahui fadhila-fadhilat kalimah Tauhid ini.
Ia dikenali juga dengan gelaran “TAHLIL”.
5 – Ucapan “BISMILLAH”

Ertinya: “Dengan Nama Allah”
Ucapan ini dikenali sebagai “BASMALAH”
Dilakukan sebagai menunjukkan adab diantara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya.
Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang, maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala.
Contohnya:
Membaca “Bismillah” untuk menyembelih binatant-binatang yang tidak disembelih unuk tujuan yang dibenarkan (seperti untuk mandi safar, untuk “membuka gelanggang silat”, untuk “menyemah” rumah untuk “menjamu” penunggu dan jid dan sebagainya.
Membaca “Bismillah” untuk tikan” nombor melakuka jampi-iampian yang dilarang oleh agama kita.
Membaca “Bismillah” untuk “ekor, toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian.
Membaca “Bismillah” (supaya selamat konon-kononnya) untuk mengintai orang mandi.
Membaca “Bismillah” untuk makan dan minum apa-apa yang haram.
Membaca “Bismillah” kuat-kuat (agar didengar oleh orang ramai) ketika membuka warong demi melariskan jualan.
6 – Ucapan “MA SYA ALLAH”

Ertinya: “Apa yang Allah Kehendaki”
Ucapan ketika melihat apa-apa yang baik dan Indah.
Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan bebat (sama seperti Tasbih)
Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang.
Ucapan ini diistilahkan sebagai: “AL-MASYIAH”
Mom's Cooking
Asyik sekali menikmati masakan mama
Koleksi Petua-Petua Tradisional-3
Subscribe to:
Posts (Atom)



