Berita Harian | Utusan Malaysia | Harian Metro | Harakah | Bernama | MStar

Our Common Interest

We have been around together for almost 30 years. Kira dah cukup veteren laa tuu.... What are the secrets that keep us loyal together? Mudah aje... find something in common to do. Dari muda lagi kami berdua suka travel. Travel dalam negeri kerana setakat tu aje yang kami mampu. Habis duit pun tak kisah asalkan kami dapat bersiar-siar. Habis-habis tak tau kemana nak pergi...... balik kampong.

Di Cameron Highlands

Dah sekian lama, boleh kira hampir 90% tempat di semenanjung ni kami dah kunjungi. Kalau nak dikira kosnya, banyak juga. So how do we keep on going without incurring much cost? Nak berkongsi dengan kami caranya? Cari kerjaya yang memerlukan kita travel, tidak memerlukan modal yang banyak, hanya perlu berjumpa dengan orang. Jangan jumpa dengan benda lain, tak jadi.

Di Bukit Tinggi

Whatever, kita memang dah suka travel. Suka tak kalau kita sambil makan angin, dibayar imbuhan. Tentu sekali, macam dapat cabutan bertuah melancong percuma. Cuma, adakah kita diantara orang yang tersangat bertuah?

Itulah yang kami lakukan untuk memenuhi minat kami. Libatkan diri dalam perniagaan jualan langsung atau ada orang sebut, MLM. Perniagaan inilah yang membawa kami ke seluruh negeri, bandar-bandar, kampong-kampong, sebut saja tempat yang ada orang, disitu kami ada.

Perniagaan MLM ini yang pada mulanya hanya untuk memenuhi minat kami yang suka berjalan, akhirnya menjadi satu kerjaya yang cukup berbaloi.Mengapa?.... Ikuti kisah selanjutnya di post yang akan datang.

Admininistrator's Frofile


Assalamualaikum,

Kami, papa dan mama ditugaskan untuk mentadbir blog ini. Tugas kami adalah untuk mengumpul segala maklumat-maklumat keluarga, yang lepas dan yang terkini, of course the relevant one - disusun dan dieditkan kedalam post-post yang sesuai. Ini kerja baru buat kami, amat sukar sekali kerana kerja mengarang bukanlah sesuatu yang kami gemar. Setelah memikirkan kebaikannya, bagus juga kalau dibukukan dalam bentuk blog untuk dikongsi bersama, yang jauh dan yang dekat sebelum ia hilang begitu sahaja.

Papa sudah bersara, mempunyai ruang masa yang agak lebih ditugaskan untuk mengarang cerita. Terlebih dahulu papa memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan. maalumlah sekolah tak tinggi he....he.... Mama masih bekerja disebuah institusi perbankan di Kuala Terengganu dan hari-hari membuat kiraan 'countdown' untuk bersara. Tugas mama, of course 'PR' sesuatu yang dia cukup mahir.

The hidden authors, of course all the 4 AFAN'S who contributed articles, ideas, photos, etc, etc....


Papa and mama at work

Full administrator's lists:
  1. Papa - Author
  2. Mama - Author cum PR
  3. AFAN01 - Article cun image coordinator
  4. AFAN02 - Article cum IT coordinator
  5. AFAN03 & AFAN04 - Photographer

Maksud AFAN


Dear me......... sejak berada di era 50-han ni, lupa pulak kami nak jelaskan maksud AFAN sebagai simbol keluarga kami. Kalau diteliti post kami sejak dari awal, mungkin ada yang dah faham.




Sila lihat gambar yang dilampirkan, merekalah AFAN. Apa kena mangena AFAN dengan mereka? Jawapannya..... sila kembali ke post keluaran May 09 (Afan Family). AFAN tu adalah singkatan nama-nama mereka, tidak dirancang sama sekali. AFAN01 (Abe), AFAN02 (Ayi), AFAN03 (Fuad) dan AFAN04 (Adik). Mereka kata ia ada copyright untuk initial ini. Ye......Ke??


Happiest Moments



Gambar-gambar ini jelas mengambarkan betapa gembiranya mereka. Look at the big smiles, especially the mother. Can't blame her. Ibu mana tidak gembira melihat anak-anaknya berjaya. Ayahnya cool aje... hehehe.









Penat lelah serta pengorbanan ibu-bapa dibalas dengan kejayaan anak-anak, salah satu keperluan untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Syabas dan setinggi tahniah dari papa dan mama, teruskan perjuangan kamu ke peringkat yang lebih tinggi.







Detik-detik ini juga memberi perangsang dan semangat kepada 2 adik-adik untuk mengikuti jejak mereka INSYA ALLAH.


Happy Moments














From left to right: Adik, Abe, Ayi & Fuad

Gambar-gambar ini merupakan saat-saat gembira bagi kami. Aset anugerah Anugerah ALLAH SWT untuk menceriakan kehidupan kami. Pahit maung serta dugaan yang kami hadapi untuk membesarkan mereka cukup bermakna.


Kini Abe sudah menjangkau usia 28 tahun dan Adik sudah remaja 15 tahun. Hanya tinggal Adik yang masih ada bersama kami. Hampir tiada lagi kedengaran riuh rendah mereka, cuma sesekali apabila berkumpul. OH! betapa rindunya kami mengenangkan mereka semasa di zaman kanak-kanak. Tapi apakan daya, anak-anak tetap membesar dan satu masa kelak akan tetap tinggalkan kita.


Kepada semua anak-anak papa dan mama,
U R OUR MOST VALUABLE ASSETS AND WE LOVE U WITH ALL OUR HEART.


Why Kuala Terengganu?


We have been here for a solid 30 years and we love this city. Why? A definite answer is....... beautiful, passionate, peaceful, friendly, good food, bla, bla, bla. You name it all that is available about the good things in a dictionary - we have it here.








But alas.... soon we have to go back home for good. Definitely we are not giving up this city cos we are sure to be back form time to time. We are not giving up our little cottage here in Kuala Ibai. A nostalgic value that can never be exchange for.


Dimana Kami?


Papa dan Mama (Ketua keluarga afan) tinggal di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Bandaraya Warisan Pesisir Pantai Air yang indah dengan pantai semulajadinya yang terbentang luas mengadap Laut Cina Selatan.
Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) antara tarikan pelancong di Kuala Ibai.






Banyak lagi tempat-tempat menarik di Terengganu. Nah.... tunggu apa lagi, datanglah dan lihat sendiri. Pasti akan dikenang sepanjang hayat. Bak kata pepatah, TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Tak percaya, tunggu paparan yang lebih menarik di edisi akan datang. Terima kasih kerana anda masih setia bersama kami.






Latest 9th. Afan Family


Dated 23rd. of January, 2009

New latest 9th. afan family member, Pn. Farahiyah bt Mohd Taib (Seated back row 2nd. from right). Isteri siapa? Juga tunggu dilembaran seterusnya........


8th. Afan Family Member


Dated 19th. December, 2007

Siapa baby comel ni? Perkenalkan ganerasi kedua keluarga afan, Muhammad Amir Irfan. Anak siapa? Tunggu di lembaran seterusnya..........
Cucu pertama papa dan mama

New Afan Family Member


Dated 17th. February 2007

Welcome to our new afan family member, Pn. Erymarini bt Mustafa (3rd. from left) Isteri siapa? Tunggu di lembaran akan datang...........

Wujudnya Afan Family






Keluarga afan wujud pada tanggal 25hb. September, 1980 setelah papa dan mama disatukan, kira-kira hampir 29 tahun yang lalu di Kota Bharu, Kelantan.


How do we look, classic kan?


Afan Family


Afan family as at 26th. November 2006

From left to right


Ahmad Faiz bin Ab Nasir (Abe), Ahmad Fakhri bin Ab Nasir (Ayi), Ab Nasir bin Mohamad (Papa), Sukrinah bt Omar (Mama), Ahmad Fuad bin Ab Nasir (Fuad), Ahmad Farhan bin Ab Nasir (Adik).

Kata Aluan


Assalamualaikum

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami.Tujuan utama kami mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi bersama keluarga, rakan -rakan dan kenalan baru dengan harapan agar dapat membina dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan Insya Allah.