Berita Harian | Utusan Malaysia | Harian Metro | Harakah | Bernama | MStar

TAZKIRAH RAMADHAN

ROH DI BULAN RAMADHAN

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, mama menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian mama tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan 'roh di bulan Ramadhan'.

Menurut satu hadith Rasulullhah (maaf mama tak sempat mencatat perawi hadis ini) menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka atau pun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus dipenjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidil Fitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Disini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melalukan kesalahan semasa hayatnya bole dibantu dengan doa orang2 yang mashih hidup. Alangkah bahagianya jika sesaorang yang telah meninggalkan dunia masih mendapat bekalan dari orang2 yang masih hidup.

"Sesunggnunya apabila mati seseorang anak Adam itu, terputuslah semua hal kecuali 3 perkara iaitu: 1) doa anak2 yang soleh 2) ilmu yang dimenafaatkan dan 3) sedekah amal jariah.

Oleh itu jangan biarkan orang2 yang kita sayang, yang pergi mengadap Illahi terlebih dahulu sepi tanpa doa dan sedekan daripada kita.

"Setinggi mana kasih sayangku, Allah lebih berhak menyangimu, Damailah engku disana dibawah rahmat dan kasih sayang Nya, Sesungguhnya aku akan menyusulmu dikemudian hari..."

Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi. Amin.

No comments:

Post a Comment