Tazkirah Jumaat - 3
UCAPKANLAH DENGAN TEPAT
7 – Ucapan “A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM”
Ertinya: “Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam (terkutuk)”
Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan, sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana.
Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.
Ucapan ini digelar sebagai “AT-TA’AWWUDZ”.
8 – Ucapan “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”
Ertiya: “Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan (yang sebenar/yang terutama) melainkan dengan izin (pertolongan) Allah”.
Diucapkan apabila melihatkan perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu.
Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita.
Ucapan ini dikenali sebagai “AL-HAUQOLAH”.
9 – Ucapan “INSYA ALLAH”
Ertinya : “Jika diizinkan Allah”
Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajay seseorang. Ataupun apabila hati kita berat 70% untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “INSYA ALLAH”, tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70% untuk tidak memenuhinya, maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini. [Hasil temuramah di antara Al Marhum S.S Dato’ Ishak Baharom, Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia].
Ucapan ini dikenali sebagai “TAWAKKUL” (Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal)
10- Ucapan “BARAKKALLAHU FIK”
Ertinya : “Semoga Allah memberkati engkau”
Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya. Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin.
Ucapan ini dikenali sebagai “AT-TABARRUK”.
Lang Pomeng

Papa dah kenal lama Lang ni, sejak bujang hingga sekarang beranak 3. Kisah dia simple aje. Sekolah setakat darjah 6, pas tu terus kerja dibengkel kereta. Agak2 dah pandai terus buka bengkel sendiri depan rumah. Jadi Usahawan. Tak ada sijil langsung tapi kerana minat yang begitu mendalam, sekejap saja dah tersohol di Kuala Ibai. One man show, kereta tak pernah putus-putus. Kerja dia, hebat sekali amat teliti dan perfect. Nak buat apa, super charger, turbo, angkat, lowered, terbang semua boleh.



Pisang Ajaib

Koleksi Petua-Petua Tradisional-4

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.
Dataran Shah Bandar

Penat bersiar-siar dan membeli-belah di bandar Kuala Terengganu? Singgah sebentar di Dataran Shah Bandar dan menikmati panorama yang indah di sekitarnya.
Terletak berdekatan Pejabat Pos Besar dan Pasar Kedai Payang, amat sesuai untuk beristirehat seisi keluarga. Boleh menikmati keindahan muara Sungai Terengganu dengan kesibukan bot-bot pelancong dan nelayan keluar masuk.
Segala kemudahan disediakan disini. Restoran Perahu, tandas eksklusif dan tandas biasa juga disediakan untuk kemudahan awam. Taman dengan pokok-pokok yang menghijau di susuli dengan deruan angin pantai sungguh menyamankan.
Semua ini percuma. Jom, cuti-cuti di Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air.
My Dearest Belovered Mother

Gambar ini diambil pada 10hb. Julai, 2009. Sekarang ni tinggal bersama adik saya Fatimah Hanan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Syukur Alhamdullilah kerana Wan dapat penjagaan yang sempurna dari anak-anaknya. Kepada kakak saya Wan Nasirah dan adik saya Fatimah Hanan, sesungguhnya pengorbanan membela seorang ibu pastinya mendapat ganjaran pahala yang besar dunia dan akhirat dari ALLAH SWT. Insya Allah nanti akan tiba giliran anak-anak yang lain mengambil alih tugas tersebut.
Sempat juga berkunjung ke Georgetown, bawa adik yang tak pernah ke sana.

Adik kali pertama naik feri.
AFAN-03 Balik Kampus

Tazkirah Jumaat - 2
4 – Ucapan “LA ILAHA ILLALLAH”

Ertinya: “Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah”.
Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yangmenggerukan ataupun peristiwa yang mengerikan.
Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam. Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih (seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Iman an-Nawawi rh ataupun KALIMAUT TOIYIB oleh Al-Iman Ibnu Taimiyah r.h.) untuk mengetahui fadhila-fadhilat kalimah Tauhid ini.
Ia dikenali juga dengan gelaran “TAHLIL”.
5 – Ucapan “BISMILLAH”

Ertinya: “Dengan Nama Allah”
Ucapan ini dikenali sebagai “BASMALAH”
Dilakukan sebagai menunjukkan adab diantara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya.
Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang, maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala.
Contohnya:
Membaca “Bismillah” untuk menyembelih binatant-binatang yang tidak disembelih unuk tujuan yang dibenarkan (seperti untuk mandi safar, untuk “membuka gelanggang silat”, untuk “menyemah” rumah untuk “menjamu” penunggu dan jid dan sebagainya.
Membaca “Bismillah” untuk tikan” nombor melakuka jampi-iampian yang dilarang oleh agama kita.
Membaca “Bismillah” untuk “ekor, toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian.
Membaca “Bismillah” (supaya selamat konon-kononnya) untuk mengintai orang mandi.
Membaca “Bismillah” untuk makan dan minum apa-apa yang haram.
Membaca “Bismillah” kuat-kuat (agar didengar oleh orang ramai) ketika membuka warong demi melariskan jualan.
6 – Ucapan “MA SYA ALLAH”

Ertinya: “Apa yang Allah Kehendaki”
Ucapan ketika melihat apa-apa yang baik dan Indah.
Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan bebat (sama seperti Tasbih)
Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang.
Ucapan ini diistilahkan sebagai: “AL-MASYIAH”
Mom's Cooking
Asyik sekali menikmati masakan mama