UCAPKANLAH DENGAN TEPAT
7 – Ucapan “A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM”
Ertinya: “Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam (terkutuk)”
Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan, sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana.
Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.
Ucapan ini digelar sebagai “AT-TA’AWWUDZ”.
8 – Ucapan “LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”
Ertiya: “Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan (yang sebenar/yang terutama) melainkan dengan izin (pertolongan) Allah”.
Diucapkan apabila melihatkan perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu.
Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita.
Ucapan ini dikenali sebagai “AL-HAUQOLAH”.
9 – Ucapan “INSYA ALLAH”
Ertinya : “Jika diizinkan Allah”
Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajay seseorang. Ataupun apabila hati kita berat 70% untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “INSYA ALLAH”, tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70% untuk tidak memenuhinya, maka tidaklah wajar kita menggunakan kalimah ini. [Hasil temuramah di antara Al Marhum S.S Dato’ Ishak Baharom, Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia].
Ucapan ini dikenali sebagai “TAWAKKUL” (Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal)
10- Ucapan “BARAKKALLAHU FIK”
Ertinya : “Semoga Allah memberkati engkau”
Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya. Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin.
Ucapan ini dikenali sebagai “AT-TABARRUK”.
Tazkirah Jumaat - 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment