Berita Harian | Utusan Malaysia | Harian Metro | Harakah | Bernama | MStar

Lang Pomeng

Ini doktor peribadi papa. Nama dia Lan, orang gganu panggil dia Lang. Kerja dia pulihkan kenderaan kita, jadi lekatlah nama glamour dia "Lang Pomeng". Bila kenderaan kita buat hal, Lang lah jadi kesayangan.

Papa dah kenal lama Lang ni, sejak bujang hingga sekarang beranak 3. Kisah dia simple aje. Sekolah setakat darjah 6, pas tu terus kerja dibengkel kereta. Agak2 dah pandai terus buka bengkel sendiri depan rumah. Jadi Usahawan. Tak ada sijil langsung tapi kerana minat yang begitu mendalam, sekejap saja dah tersohol di Kuala Ibai. One man show, kereta tak pernah putus-putus. Kerja dia, hebat sekali amat teliti dan perfect. Nak buat apa, super charger, turbo, angkat, lowered, terbang semua boleh.

Ini bengkelnya, simple tapi tak pernah kosong. Kerja dia tak pernah habis, langsung tak pernah bercuti bertahun-tahun.

Gambar dibawah, rumah dan keretanya yang berkuasa twin turbo. Tanya dia, buat rumah dan beli kereta pinjam dimana? Jawab dia, sekolah darjah 6 jadi pomeng bank mane nok bagi? Jadi, faham-fahamlah. Kalu kita rajin, berminat dan ada kemahuan, rezeki tetap ada walaupun tak berpelajaran tinggi.





2 comments:

  1. nanti nak TURBOkan satria TAD3233 dengan uncle pomeng nih..bagi UP sikit performance(tunggu gaji)

    ReplyDelete