Cuti sekolah penggal ni kami tak kemana kerana cucu balik. Selama empat hari cucu di rumah, semua aktiviti harian di luar dibekukan. Nakalnya dia, tak duduk diam, ada saja benda yang nak dibuatnya. Ni baru sorang, kalau satu dozen tak taulah apa nak jadi.
Penglipur lara katakan, apa yang cucu buat semuanya molek belaka. Kalau zaman anak-anak dulu, dah kena pulas telinga gamoknya.
Dia buat muka sadin cap ayam, adalah bende tuu...
Tengah bertelur, habis bakul nenek kat dapur.
Telefon pun dipijaknya, lansung 4 hari tak berdering.
Selepas cucu balik, MaasyAllah sunyinya. Duduklah datuk dan neneknya kelik-kelik, teringat sakan. Insya Allah jumpa lagi dengan Muhammad Amir Irfan pada hari raya nanti.
No comments:
Post a Comment