Berita Harian | Utusan Malaysia | Harian Metro | Harakah | Bernama | MStar

Tazkirah Jumaat - 1

UCAPKANLAH DENGAN TEPAT

Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

1 - Ucapan "SUBHANALLAH"

Ertinya: "MAHA SUCI ALLAH"

Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib. Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan.

Tujuan kita mengucapkan "SUBHANALLAH" iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : "Wah! hebatnya orang itu, tak cedera langsung. Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta'ala."

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah. Contohnya kita ucapkan "SUBHANALLAH" apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala. Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata, "Allah Ta'ala Maha Suci dan tiada kene-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu."

Lihatlah firman Allah Ta'ala yang bermaksud, "Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa, Maha Suci, Maha Selamat, Maha Memberi Keamanan, Maha Peneguh, Maha Mulia, Maha Gagah-Perkasa, Maha Besar, Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan." (Surah al-Hasyr, ayat 23)

Lihat penggunaan "SUBHANALLAH" ataupun yang semakna dengannya melalui Al-Quranul Karim yang bermaksud, "Maha SucilahTuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam (Israk) dari Masjid al-Haram (di Mekkah al-Mukarramah) ke Masjid al-Aqsa (di Pelestin) yang telah Kami berkati sekitarnya, agar Kami menunjukkan kepadanya (Nabi Muhammad SAW) beberapa tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Dis (Allah) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat." (Surah al-Israk, ayat 1)

Ya! Peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat, namun sehebat-hebat peristiwa itu, lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa ity, tuhan itulah Allah Ta'ala Yang mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya. dan Maha Sucilah Allah daripada segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada-Nya.

Ucapan "SUBHANALLAH" ini juga dikenali sebagai "TASBIH".

2 - Ucapan "ALHAMDULILLAH"

Ertinya : "Segala puji-puji hanyalah untuk Allah" ataupun "Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah"

Ianya diucapkan sebagai puji-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta'ala berikan kepada kita.

Contohnya ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini, yang bermaksud, "Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah tidak memberi petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "Itulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (Surah al-'Aaraf, ayat 43)

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iatiu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu. Lihat! Para penghuni syurga nanti akan mengucapkan "ALHAMDULILLAH" sebagai berterima kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta'ala berikan kepada merrka dan disebabkan Allah Ta'ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduanmelalui Para Rasul a.s.

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepad Allah Ta'ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama' r'h', kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama' r.h., tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta'a'a kelak.

Lihat lagi firman Allah Ta'ala di dalam Suruh al-Kahf, ayat pertama yang bermaksud , "Segalah puji-puji hanyalah untuk Allah (Tuhan) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan (pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain)".

Kta juga wajib bersyukur kepada Allah Ta'ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita, yang mana tanpanya, pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji, contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita, lalu kita pun menjawab, "Alhamdulillah, saya berjaya". (Diucapkan ucapan "Alhamdulillah" agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita, ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta'ala).

Ucapan "ALHAMDULILLAH" ini juga dikenali sebagai "TAHMID".

3 - Ucapan "ALLAHU AKBAR"

Ertinay: "Allah Maha Besar"

Ianya diucapkan di dalah beberapa situasi:

1 - Apabila berada di tempat yang tinggi.

2 - Apabila berada di dalam ketakutan.

3 - Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta'ala.

4 - Sebagai "pembakar semangat" para pejuang Islam.

5 - Ketika azan, takbiratul ihram dan takbir hari raya.

Ucapan ini dikenali juga sebagai "TAKBIR"

No comments:

Post a Comment