Berita Harian | Utusan Malaysia | Harian Metro | Harakah | Bernama | MStar

Cuti Sekolah - Kenduri

Setiap kali musim cuti sekolah, nah! bertimbun-timbun kad jemputan sampai. Biasalah tuu, ni masa orang. Tiba masa kita nanti, cari orang juga. Ada baik juga berkunjung ke tempat kenduri ni. Biasanya kita akan jumpa dengan keluarga, kenalan, paulan etc.etc. yang dah lama tak jumpa.

Seronok kan? selain dapat pahala kerana turut memeriahkan majlis. Kami juga berkesempatan kemajlis kenduri kahwin keluarga dikampong. Siapa sangka dapat bertemu dengan ayah dan mak saudara.Yang paling indah dapat bersua dengan sepupu-sepupu seangkatan yang masa kecil-kecik dulu, tidor sebantal dan makan sepinggan. Terkejut besar kerana kami dah masuk era 50han dengan rambut, misai dan janggut yang memutih. Rupa-rupanya, angkatan kami dah jadi 'orang tua' keluarga.


Sepupu di era 50han
Left to right:
Ji, Lan, Abe, Yad, Di, Sir

Banyak yang kami bualkan tentang kisah silam. Betapa seronoknya kalau dapat dikembalikan sekejap saat-saat indah tersebut. TO ALL MY DEAREST COUSINS, I LOVE U SO MUCH

No comments:

Post a Comment