Berita Harian | Utusan Malaysia | Harian Metro | Harakah | Bernama | MStar

Sepuluh Waktu

Masjid Tg Tengah Zaharah (terapung) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu


Dari meja AFAN-01 untuk renungan kita bersama, moga diberkati ALLAH SWT

Sepuluh Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagian.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.
Demi masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, (2)
Kecuali orang-orang yang beriman, dan mengerjakan amal soleh,
dan saling berwasiat pada kebenaran, dan saling berwasiat untuk kesabaran. (3)
Surah Al-‘Ashr (103: 1-3)

Intisari Surah Al-‘Ashr
Surah Al-‘Ashr ini mengandungi tiga ayat. Surah merupakan surah Makkiyyah yang diturunkan selepas Surah Alam Nasyrah. Surah ini mengisahkan bahawa semua manusia berada di dalam kerugian apabila dia tidak mengisi waktunya (masa) dengan perbuatan-perbuatan yang baik (menggunakan masanya dengan sebaik-baiknya).

No comments:

Post a Comment